KEPENTINGAN AIR KEPADA MANUSIA

Air penting untuk kehidupan kita?

Anda boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air anda mungkin kehausan dan mati dalam tempoh beberapa hari. Kehilangan 2% air disekeliling sel anda boleh menyebabkan pengurangan 20% tenaga anda.
Pakar pemakanan menyarankan pengambilan kira-kira 2 hingga 2.5 liter air setiap hari (kira-kira 8 gelas air besar)
Air kosong adalah pilihan terbaik membantu dalam metabolisma tubuh berbanding makanan yang mengandungi air dan sup membantu membekalkan sebahagian air sahaja. Kehilangan air tambahan dalam badan jika mengambil minuman berperisa, minuman ringan, kopi dan teh.


Fungsi air dalam tubuh manusia

  1. Menguraikan dan membantu penyerapan nutrient makanan untuk dibekalkan kepada sel.
  2. Pemangkin dalam proses metabolisme.
  3. Mengawal atur kepekatan darah.
  4. Sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran antara sendi.
  5. Mengangkut dan menyingkirkan toksin dan bahan buangan.
  6. Mengawal atur suhu badan, tekanan darah dan PH tubuh.
  7. Mengurangkan tekanan dalam tubuh badan menyelaras ketidak seimbangan pada bahagian buah pinggang dan limpa yang disebabkan tekanan.
  8. Melindungi kelembapan dan kekenyalan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Kesan kekurangan air terhadap kesihatan
  1. Kehilangan ringan akan menyebabkan dahaga, nafas berbau, bibir merekah, sakit kepala, panas dan sembelit.
  2. Kehilangan serius akan menyebabkan dehidrasi, hilang tumpuan, punca pelbagai penyakit, gangguan mental, darah memekat, panas terasa pada bahagian dada.

kegunaan air kepada manusia

Sejak bermulanya tamadun manusia, sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. 
Tamadun manusia
  • Kebanyakan bandar-bandar yang wujud sekarang bermula dengan perkampungan kecil yang berkembang mengikut masa. 
  • Sebagai contoh bandaraya Kuala Lumpur yang berkembang dari perkambungan perlombongan bijih timah di pertemuan antara sungai Gombak dan Sungai Kelang
  • Contoh  lain adalah seperti Shanghai, Calcutta dan Karachi
Bekalan Air
  • Air dari sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian seperti kawasan penanaman padi di Dataran Kedah, Dataran Kelantan, Delta Irrawaddy dan Delta Menam Chao Phraya
  • Air sungai juga digunakan untuk kegunaan industri seperti industri pemprosesan Kelapa Sawit
  • Sungai juga berperanan dalam kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi

Pengangkutan
  • Manusia menggunakan sungai untuk mengangkut barangan pukal ke kawasan-kawasan pendalaman yang tidak dapat dihubungi dengan jalanraya seperti sungai Chao Pharaya yang dapat dimudik sehingga 400 km dari muara ke pendalamannya pada musim hujan dan 200 km pada musim kemarau, Sungai  Irrawaddy (dapat dimudik sehingga 1440 km dari muara hingga Bamor) dan Sungai Tigris

Makanan 
  • Sungai banyak memberikan sumbangan kepada manusia dengan membekalkan sumber protein yang penting untuk badan seperti ikan air tawar terutamanya bagi penduduk di kawasan pendalaman.

Kuasa hidroelektrik
  • Sungai yang bersaliran deras di bahagian hulu sesuai untuk menjana kuasa elektrik hidro seperti Sungai Huang he dan Sungai Indus
Rekreasi
  • Banyak aktiviti rekreasi dijalankan di sepanjang sungai seperti berkayak, memancing dan berenang

Estatika
  • Sesetengah sungai dikenali dengan kecantikannya seperti sungai Niagara yang popular untuk berbulan madu dan percutian

 
 
 

definisi air

Titisan air
Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)
Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).

Ciri-ciri

Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.
Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.
Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.
Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.
Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.
Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.